Thursday, May 17, 2012

ISU Kelemahan Internet sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pendidikan




Sejak dahulu lagi guru-guru telah menggunakan pelbagai ABM dalam pengajaran mereka. Penggunaannya membolehkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna, menarik dan menyeronokkan. ABM juga dapat memberikan pengalaman sebenar apabila objek konkrit digunakan dalam pengajaran. Pembelajaran juga menjadi lebih bermakna kerana ABM mampu merangsang deria murid. Dengan penggunaan ABM, guru berjaya mencapai hasil pembelajaran apabila murid tertarik untuk memberikan tumpuan terhadap pembelajaran.
Namun terdapat beberapa faktor yang membuatkan internet sebagai cara yang kurang produktif untuk dijadikan Alat Bantu Mengajar(ABM).


Antara kelamahannya ialah ;-


a) Kekurangan Kemudahan Peralatan
Bilangan komputer yang terhad di sekolah menjadi permasalahan guru untuk menggunakan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran kelas masing-masing. Kerajaan sememangnya telah menyediakan kemudahan makmal komputer. Namun demikian, penjagaan dan penyelenggaraan perkakasan komputer yang tidak memuaskan menyebabkan hanya sebilangan kecil sahaja komputer yang dapat digunakan guru untuk tujuan pengajaran. Justeru, guru tidak dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan Internet dalam pencarian maklumat. Guru juga terpaksa bersaing dengan guru daripada kelas lain apabila tiada jadual waktu yang teratur untuk penggunaan makmal komputer. Hal ini menyebabkan guru berputus asa untuk menggunakan Internet sebagai alat bantu pengajaran. 


b)   Latihan Teknikal
            Penggunaan Internet dalam kalangan guru juga bergantung pada faktor latihan dan sokongan teknikal yang diperoleh. Sokongan juruteknik dan guru-guru lain di sekolah dapat membantu guru mengintegrasikan sumber Internet dalam pengajaran mereka (Anderson dan Harris, 1997:21). Sokongan yang dimaksudkan seperti pendedahan tentang cara-cara untuk mencetak bahan daripada Internet dan penjagaan sistem komputer. Justeru, pihak panitia sekolah yang mampu mengadakan kursus dalaman berkala bagi memberi kemahiran kepada guru-guru yang masih belum mahir menggunakan Internet dalam mencari maklumat untuk bahan pengajaran, memberi peluang kepada guru  untuk menguasai kemahiran ini.

6 comments:

  1. Saya bersetuju dengan apa yang saudara perkatakan tentang kekurangan kemudahan peralatan yang terdapat di sekolah. Sebahagian dari murid atau pelajar tidak akan dapat fahami apa yang ingin disampaikan dalam proses pembelajaran tersebut sekiranya perlu berkongsi kemudahan seperti komputer dan sebagainya. Phaik kerajaan harus memberikan prasarana yang secukupnya kepada pihak sekolah untuk menjayakan proses pembelajaran menggunakan ICT dengan lebih berkesan. Manakala untuk latihan teknikal pula, kurang wajar dilaksanakan kerana kebanyakan guru sudah mmampu untuk melayari interrnet dengan baik sekali.

    ReplyDelete
  2. Saya menyokong mengenai isu tersebut. Seharusnya pihak kerajaan memperuntukan kemudahan Internet dan komputer kepada setiap sekolah. Ini dapat membantu pembelajaran yang lebih efektif. Secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengekses maklumat dengan lebih meluas.

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju di mana penjagaan dan penyelenggaraan perkakasan komputer yang tidak memuaskan menyebabkan hanya sebilangan kecil sahaja komputer yang dapat digunakan guru untuk tujuan pengajaran. Justeru, guru tidak dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan Internet dalam pencarian maklumat. Dari situ kita boleh nampak sedikit sebanyak isu ini menggangu proses pengajaran dan pembelajaran jika tidak dikendalikan dengan sewajarnya.
    Nama : Nurul Atiqah Bt Pauzi
    No Matrik : A134021

    ReplyDelete
  4. sakit mata baca blog kau ni..tukar la kaler font die,,,dey

    ReplyDelete
  5. Saya bersetuju dengan isu yang diutarakan oleh anda.Sekolah yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur komputer dan internet memudahkan guru menggunakan faedahnya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perisian juga mempengaruhi minat guru menggunakan Internet. Perisian yang dicemari virus dan gerak akses yang perlahan menyebabkan guru tidak berminat untuk menggunakannya.

    NAMA: NAZATUL ATHIRAH BINTI ABDUL KHALIL
    NO MATRIK: A133487

    ReplyDelete
  6. memang benar ABM amat penting untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik.oleh sebab intu peranan guru itu sendiri untuk mengambil inisiatif dalam menyediakan ABM yang sesuai dengan pelajaran yang di ajar. selain itu kementerian kerajaan memberi peranan penting bagi memastikan setiap prasarana di sekolah mahupun di universiti lengkap dan masih boleh digunakan. pembelajaran melalui internet haruslah kerap kali dilakukan supaya pelajar sedar betapa pentignya ABM dalam pembelajaran

    ReplyDelete